Tuesday, September 25, 2007

Hari ni aku perasaan aku bercampur baur. Hari ni aku rase happy, bengang, sedih, kesian mcm semua ade. Aku happy sebab kwn aku dah nak kuar kete (tumpang gembira je lah), aku bengang sebab aku tak dapat annual leave untuk raya (dia orang ni memang cibai), aku sedih sebab benda yang aku selalu rase sejak dari aku kecik lagi (x dapat ape yang aku nak), aku rase kesian plak sebab tunang aku sakit gigi pastu bibir dia pecah2, kesian dia tgh menderita kerja...

Wednesday, September 19, 2007

Mlm td aku mimpi yg boleh membuatkan aku nangis. Mimpi aku tu menggambarkan betapa baiknya tunang aku. Aku terus jaga dan x leh tido lepas tu. Aku cuba tido dan aku berjaya. Tp bila aku bangun pg td aku rase dada aku panas sangat dan aku rase lemah. Aku rase mcm aku ni dah nak mati. Aku pun mengucap banyak2. Aku tgh bingung ape sebabnyer.

Tuesday, September 18, 2007

TUNANG AKU MAJUK SEBAB TAK ADE CERITA PASAL DIA
Aku ade sorang kawan yg tahu bawak kete tapi takut nak bawak kete. Asal nak kuar jer nak kene gi ambik. Padahal ade kete tu, Gen-2 lagi. Name dia budak2 ni panggil Anong tp aku panggil mat nor jer. Mcm tu punyer org pun ade ke...

Sunday, September 16, 2007

Hari ni ahad 16 Sept 2007 merupakan hari keempat kita berpuase. Aku so far alhamdulillah puase penuh mcm tahun2 lepas. Tapi ape yg special hari ni, tunang aku bekalkan aku nasi untuk berbuka. Rasa bahagia pun ade gak...

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN

Hari ni khamis, 13/09/2007 adalah hari pertama puase untuk tahun ini. Semoga amalan puasa aku pada tahun ini diberkati dan diterima Allah taala.

Tuesday, September 11, 2007

R!LEX

Hari selasa 11.09.2007, kita org gi rilex n santai kat sg chongkak. Saje je gi santati-santai kat sane, mandi manda, makan-makan, gelak-gelak dan sebagainyer. Kita org tu terdiri drpd aku sdr, marliza, nizam, ain, zack n abe ju.

Monday, September 10, 2007

aku sbnrnya skang ni tgh bengang sebab ade "orang" kate buat blog mcm ni boring. Dia kate kene buat citer2 tentang diri sendiri, luahan perasaan, ape yg kiter buat dan ape2 jelah pasal diri sendiri. Tak poyo ke name nyer tu citer pasal diri sendiri...

Diri yang masih mencari identiti ibarat sebuah perjalanan menongkah arus di lautan samudera...

Kata-kata Pujangga: "Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain."

Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

Kata seorang sahabat: "Kita bermula sebagai seorang yang baru."

Sunday, September 9, 2007

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari pada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.