Aku sambut kedatangan tahun baru 2008 ini dgn rasa syukur dan gembira. Aku bersyukur kerana aku masih lg boleh merasai tahun baru. Dari 2007 ke 2008. Perubahan nombor tahun dlm kalender amat memberi kesan (tua lg satu tahun).
Aku gembira kerana mungkin lg byk matlamat dan cita-cita aku akan tercapai. Matlamat aku utk mendirikan rumahtangga mungkin akan tercapai tahun ni. Aku juga gembira melihat adik2 aku kian membesar dan bakal akan menempuh hidup yg lebih mencabar utk mencari kejayaan dlm hidup.
Azam aku tahun ni ialah aku nak mula simpan duit utk aku teruskan kehidupan berkeluarga bersama bakal isteri aku. Kalu x boleh byk pun, sikit dulu pun boleh. Asalkan ade bekal utk kalau2 perkara yang x diduga berlaku.
Azam aku yang kedua ialah aku nak cuba berhenti merokok. Sbb aku pun sebenarnya terfikir jugak, kalaulah duit rokok tu aku simpan, dah byk dah. Aku akan cuba seday upaya. Benda kalu dah start mmg susah nak berhenti. Aku akan cuba utk kuat diri dan iman aku.
Azam aku yang ketiga ialah nak capai ape yg x tercapai tahun lepas iaitu nak cari kerja dgn gaji lebih besar. Bkn tamak, tapi kita kena ade perubahan dlm hidup. Betulkan?
Aku harap ape yg aku azamkan tahun ni akan tercapai. Amin
No comments:
Post a Comment