>kisah ini berlaku di sempadan....seorang lelaki sering melintasi
>sempadan dengan menaiki basikal serta membawa dua guni pasir.
>perbuatannya itu telah disedari oleh pihak imigresen dan mengesyaki
>lelaki tersebut membuat kerja penyeludupan.
>
>pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa yang ada
>dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik". pegawai
>imigresen tidak percaya lalu membuka guni tersebut. setelah diperiksa
>hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu.
>
>keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa... membawa
>basikal bersama dua guni pasir.. pegawai imigresen masih tidak puas hati
>lalu menahan lagi lelaki tu.. apabila diperiksa hanya pasir yang
>terdapat dalam dua guni itu...
>
>setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan kerjanya yang
>dulu.... suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai
>kopi....! pegawai imigresen pun bertanya... "sebenarnya apa
>kerja kamu"? jawab lelaki itu.... "seludup basikal"......
No comments:
Post a Comment