Thursday, October 18, 2007

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik

sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga

kasih sayang itu nak berkekalan?



Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.

Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya

suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa

jawapannya.



Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?



Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas

sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan

sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang

PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun

sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik

yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu

bawa balik ke kelas.



Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.



Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.





Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?



Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil

memandang rumput yang berada di situ, saya carilah

rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang

cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya

pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling

cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di

penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling

cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya

sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke

belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh

petik.



Cikgu : Ya, itulah jawapannya.

Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang

yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang

lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang

berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita

menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah

berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang

itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan

perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang

menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang

yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling

baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi

yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH

jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,

maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah

orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

No comments: