Saturday, December 29, 2007

HAPPY NEW YEAR 2008 TO ALL


MY 2007


Bagi aku tahun 2007 ni, aku agak berjaya dari segi target dan azam aku. Tp dari segi kewangan agak goyah. Tp aku x kisah kerana duit aku aku salurkan ketempat yang betul.
Azam aku yang pertama skali ialah aku nak cari pasangan hidup yang betul2 bukan yang main2. Aku berjaya dan aku telahpun berstatus tunang orang. Wanita yang bertuah tu (ye ke bertuah) ialah My lovely Marliza bt Mokhtar@Mohd Mother. Tinggal di AU2 Keramat K.L. Majlis pertunangan kami berlansung kecil2an dirumahnya.
Azam aku yang kedua, aku nak tengok adik aku yang ke-4 Mohd Amirul melangkah kemanara gading dan aku akan sedaya upaya utk bantu dia melanjutkan pelajaran. Aku berjaya walaupun yang aku bantu taklah seberape sgt.
Azam aku yang ketiga, aku nak cari kerja lain, tp x berjaya kerana x ada lagi kerja lain yang sesuai dan berkenan dihati disebabkan oleh faktor2 tertentu.
Jd kesimpulannya aku agak berjaya, 2 daripada 3 bolehlah dikatankan agak berjaya. Tahun 2008 aku akan berusaha bersungguh2 untuk mencapai hasrat dan cita2 ku.

HAPPY NEW YEAR 2008

Monday, December 24, 2007



AKU DAH LEPAS KURSUS KAHWIN..... YAAAAAAAAAAHOOOOOOOOOOOOO!!!

Monday, December 10, 2007


Ari tu aku, tunang aku, nizam, jamilah, hogilam, may, mat ju chakria dan yang lain2 pegi holiday kat genting. Aku rase best gak, tp yang lain aku x tahu best ke tak. Yang x bestnye aku boleh sesat kat sane. Malu gak rasenye sampai x tertanggung. Tp bile melihat gelagat kwn2 yang lain terumanya mat ju aku rase best. Kat sebelah tu gambar tgh malu.

Tuesday, November 20, 2007

Aku terasa macam lepas dari seksa menanti yang begitu berat. Akhirnya tarikh untuk aku bersama hingga ke akhir hayat bersama tunang tercinta telah pun ditetapkan. Kami akan di satukan pada 30 Mei 2008. Satu lagi penantian yang bagi aku berat untuk aku lalui. Doakan kebahagiaan kami.............. Amin

Tuesday, October 30, 2007

>kisah ini berlaku di sempadan....seorang lelaki sering melintasi
>sempadan dengan menaiki basikal serta membawa dua guni pasir.
>perbuatannya itu telah disedari oleh pihak imigresen dan mengesyaki
>lelaki tersebut membuat kerja penyeludupan.
>
>pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa yang ada
>dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik". pegawai
>imigresen tidak percaya lalu membuka guni tersebut. setelah diperiksa
>hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu.
>
>keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa... membawa
>basikal bersama dua guni pasir.. pegawai imigresen masih tidak puas hati
>lalu menahan lagi lelaki tu.. apabila diperiksa hanya pasir yang
>terdapat dalam dua guni itu...
>
>setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan kerjanya yang
>dulu.... suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai
>kopi....! pegawai imigresen pun bertanya... "sebenarnya apa
>kerja kamu"? jawab lelaki itu.... "seludup basikal"......

Jane and Arlene

Jane and Arlene are outside their nursing home, having a drink and a
smoke, when it starts to rain. Jane pulls out a condom, cuts off the
end, puts i t over her cigarette, and continues smoking.

Arlene: What in the hell is that?

Jane: A condom. This way my cigarette doesn't get wet.

Arlene: Where did you get it?

Jane: You can get them at any pharmacy.

The next day, Arlene hobbles herself into the local pharmacy and
announces to the pharmacist that she wants a box of condoms.

The pharmacist, obviously embarrassed, looks at her kind of strangely
(she is after all, over 80 years of age), but very delicately asks what
brand of condom she prefers.

"Doesn't matter Sonny, as long as it fits on a CAMEL."

The pharmacist fainted.

Saturday, October 20, 2007

Dihantui roh org mati

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh
abgnya
selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku
pun
tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman.
maka
dia pun bercerita...
As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg.
So, abg
dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg
dia
dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga
tuh
masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh.
Sampai
la
ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap
dia
rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat
dek
pasal
takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia.
Dia
takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan
anggap
semua tuh mimpi karut jer.
Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah
diperhatikan
ke
mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran
bunyi
org
selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil
dari
tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu
pergi.
Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus
dan
tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah
nombor
abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata
mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.
Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba
panggil
adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr
keluhan abg
dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia
bang?"Kata
kawanku.
Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa
plak~"

Lahir Pada Tahun 80-an

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to
forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul
tapak tangan...kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek k! at kantin.
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa
dgn
family. ni for those yg dok KL laa
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka
stoking
tebal laaa...
internet? email? mendalah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek
kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancang! an Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2
color
tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.
hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife
nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je
Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time ! diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti
nak
switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembangpasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2,
nakal2 dulu...
Yaa, kite pun dah semakin tua!!
Teringat zaman2 dulu kan?
Cheers to the 80s babies!!!

Friday, October 19, 2007

Keputusan seorang ayah...(Sekadar Hiburan)

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."


Thursday, October 18, 2007

Mawar merah di langit..tanda kiamat hampir



Subhanallah....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...

AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH.... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT
BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA
KEDUNIAAN..................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT.................. DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....

Wassalam...


KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik

sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga

kasih sayang itu nak berkekalan?



Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.

Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya

suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa

jawapannya.



Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?



Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas

sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan

sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang

PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun

sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik

yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu

bawa balik ke kelas.



Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.



Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.





Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?



Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil

memandang rumput yang berada di situ, saya carilah

rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang

cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya

pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling

cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di

penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling

cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya

sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke

belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh

petik.



Cikgu : Ya, itulah jawapannya.

Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang

yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang

lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang

berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita

menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah

berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang

itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan

perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang

menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang

yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling

baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi

yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH

jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,

maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah

orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Tuesday, October 9, 2007

ADAB-ADAB DAN HUKUM-HUKUM BERHARI RAYA

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-MuwattoMaksudnya : "Bawasanya 'Abdullah bin 'Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya."
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya 'Aid al-Fitri dan sebaliknya untuk 'Aid al-Adha
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :Maksudnya : "Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil." (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : "Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut)." (Fath al-Bari : 2/446)
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt : Maksudnya : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (al-Baqarah : 185)
Daripada al-Walid bin Muslim katanya : "Aku bertanya kepada al-Auza'ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua : "Ya, adalah 'Abdullah bin 'Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya)."
Sahih juga daripada 'Abdul Rahman al-Salamiy katanya : "Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki' berkata : "Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir." (Lihat Irwa' al-Ghalil : 3/122)
Al-Daraqutni dan selainnya pula meriwayatkan bahawa Ibn 'Umar apabila keluar pada pagi hari Raya al-Fitri dan hari Raya al-Adha, beliau bersungguh-sungguh bertakbir sehinggalah sampai ke tempat solat, kemudian dia bertakbir lagi sehinggalah Imam keluar (untuk mendirikan solat)."
Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada al-Zuhriy katanya : "Adalah manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar daripada rumah-rumah mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam keluar (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, Apabila Imam bertakbir, mereka juga bertakbir." (Lihat Irwa' al-Ghalil : 2/121)
Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf, sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, 'Abdul Razak dan al-Firyabi dalam kitabnya Ahkam al-'Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi' bin Jubair sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : "Apakah kamu semua tidak bertakbir?"
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas'ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian."
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.
Al-Mahaamiliy meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya daripada Ibn Mas'ud : Maksudnya : Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar dan yang maha agung, Allah yang maha besar dan bagi Allah segala pujian." (Irwa' al-Ghalil : 3/126)
Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :
1.Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)2.(Selamat) hari raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : "Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan, Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)
6. Bercantik di Hari raya
Daripada Jabir r.a. katanya : "Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat." (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn 'Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa seperti sabda Nabi saw Maksudnya : "Dan hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian (berpakaian biasa dan tidak bertabarruj)."
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah r.'anhuma katanya : Maksudnya : "Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya)." (al-Bukhari : 986)
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat. ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islamiii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swtiv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam. v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.
8. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu 'ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz menyebut : "Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran."
Cara-caranya (kaifiyatnya) Solat Hari Raya.
- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw, dan tidak ada bukti yang menunjukkan sebaliknya.
- Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-'Ala dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah berdasarkan hadith riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadith riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.
- Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka orang-orang yang hadir solat hari raya dia boleh memilih samaada hendak hadir atau tidak pada solat Jumaat. Jika dia memilih untuk tidak hadir, dia hendaklah menunaikan solat Zohor.
- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbahIni berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn 'Abbas r'anhuma :Maksudnya : "Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah."
- Keringanan meninggalkan khutbah bagi yang mahu
Daripada Abdullah bin Sa-ib katanya : "Aku menyaksikan hari raya bersama Nabi saw, apabila selesai solat (hari raya) baginda bersabda : "Sesungguhnya kami akan berkhutbah, maka sesiapa yang hendak mendengar khutbah duduklah, dan sesiapa yang hendak pergi (tidak mendengar khutbah) bolehlah dia pergi." (Irwa' al-Ghalil : 3/96)
Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu' : "Dan disunatkan bagi orang ramai untuk mendengar khutbah, dan bukanlah khutbah dan mendengarnya satu syarat sah solat hari raya, akan tetapi al-Syafie berkata : "Jika seseorang meninggalkan mendengar khutbah hari raya atau (khutbah) solat gerhana, atau (khutbah) solat al-Istisqa (minta hujan) atau khutbah haji atau dia bercakap ketika khutbah (yang disebut) atau dia berpaling lalu pergi meninggalkan khutbah, aku memakruhkannya dan dia tidak perlu mengulanginya."
- Khutbah raya dimulakan dengan memuji-muji Allah, tidak terdapat petunjuk dari Baginda saw memulakan khutbah dengan bertakbir. Al-Imam Ibn Qayyim berkata :
"Ramai (ulama) telah berbeza pendapat tentang pembukaan khutbah dua hari raya dan al-Istisqa (khutbah solat al-Istisqa), sebahagian mengatakan dibuka dengan bertakbir, yang lain pula mengatakan dibuka khutbah (solat) al-Istisqa dengan beristighfar, ada juga yang mengatakan dibuka dengan kalimat pujian, berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Inilah yang benar… kerana Nabi saw membuka semua khutbah baginda dengan kalimat pujian kepada Allah."
- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya
Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibn Battal : "Telah sepakat para fuqaha' bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat."
Yazid bin Khamir berkata, Abdullah bin Yusr sahabat Rasulullahs saw telah keluar bersama orang ramai pada hari raya fitri atau Adha, dan beliau mengingkari kelewatan Imam (dari solat hari raya) dan berkata : "Sesungguhnya kami (para sahabat) telah selesaikan (solat hari raya) pada waktu ini" ketika itu adalah waktu al-Tasbih. Yang dimaksudkan dengan waktu al-Tasbih itu ialah waktu solat sunat, setelah tamatnya waktu dilarang solat. (Sila lihat Fath al-Bari dan Sunan Abi Daud)
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Daripada 'Ali bin Abi Tolib r.a. katanya : "Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki." (Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya). Kata al-Tirmizi : "Beramal dengan hadith ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (utk solat hari raya) dengan berjalan kaki." Kata Ibn al-Munzir : "Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu', dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan."
Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn 'Umar katanya : Maksudnya : "Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan." (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)
10. Wanita juga keluar menunaikan solat hari raya
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm 'Atiyyah r.'anha katanya : "Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang."
11. Zakat al-Fitr
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadith Ibn 'Umar r.'anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari :Maksudnya : "Adalah mereka (sahabat nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari."
Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadith Nabi saw daripada Ibn 'Abbas r.'anhuma :Maksudnya : "Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain."
Maka berdasarkan hadith ini haram hukumnya melewatkan membayar zakat sehingga selesai solat hari raya tanpa sebarang keuzuran. Jika dia terlewat disebabkan keuzuran seperti orang yang dalam perjalanan (musafir) yang tidak memiliki wang atau tidak mendapati orang yang boleh diberikannya zakat, dia boleh mengeluarkannya selepas daripada solat hari raya disebabkan dia termasuk orang yang mempunyai keuzuran.
Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya
1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadith tersebut ialah :Maksudnya : "Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya)."
Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu' atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu'ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.
2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya
Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida'uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)
wallahu a'lam.

Tuesday, September 25, 2007

Hari ni aku perasaan aku bercampur baur. Hari ni aku rase happy, bengang, sedih, kesian mcm semua ade. Aku happy sebab kwn aku dah nak kuar kete (tumpang gembira je lah), aku bengang sebab aku tak dapat annual leave untuk raya (dia orang ni memang cibai), aku sedih sebab benda yang aku selalu rase sejak dari aku kecik lagi (x dapat ape yang aku nak), aku rase kesian plak sebab tunang aku sakit gigi pastu bibir dia pecah2, kesian dia tgh menderita kerja...

Wednesday, September 19, 2007

Mlm td aku mimpi yg boleh membuatkan aku nangis. Mimpi aku tu menggambarkan betapa baiknya tunang aku. Aku terus jaga dan x leh tido lepas tu. Aku cuba tido dan aku berjaya. Tp bila aku bangun pg td aku rase dada aku panas sangat dan aku rase lemah. Aku rase mcm aku ni dah nak mati. Aku pun mengucap banyak2. Aku tgh bingung ape sebabnyer.

Tuesday, September 18, 2007

TUNANG AKU MAJUK SEBAB TAK ADE CERITA PASAL DIA
Aku ade sorang kawan yg tahu bawak kete tapi takut nak bawak kete. Asal nak kuar jer nak kene gi ambik. Padahal ade kete tu, Gen-2 lagi. Name dia budak2 ni panggil Anong tp aku panggil mat nor jer. Mcm tu punyer org pun ade ke...

Sunday, September 16, 2007

Hari ni ahad 16 Sept 2007 merupakan hari keempat kita berpuase. Aku so far alhamdulillah puase penuh mcm tahun2 lepas. Tapi ape yg special hari ni, tunang aku bekalkan aku nasi untuk berbuka. Rasa bahagia pun ade gak...

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN

Hari ni khamis, 13/09/2007 adalah hari pertama puase untuk tahun ini. Semoga amalan puasa aku pada tahun ini diberkati dan diterima Allah taala.

Tuesday, September 11, 2007

R!LEX

Hari selasa 11.09.2007, kita org gi rilex n santai kat sg chongkak. Saje je gi santati-santai kat sane, mandi manda, makan-makan, gelak-gelak dan sebagainyer. Kita org tu terdiri drpd aku sdr, marliza, nizam, ain, zack n abe ju.

Monday, September 10, 2007

aku sbnrnya skang ni tgh bengang sebab ade "orang" kate buat blog mcm ni boring. Dia kate kene buat citer2 tentang diri sendiri, luahan perasaan, ape yg kiter buat dan ape2 jelah pasal diri sendiri. Tak poyo ke name nyer tu citer pasal diri sendiri...

Diri yang masih mencari identiti ibarat sebuah perjalanan menongkah arus di lautan samudera...

Kata-kata Pujangga: "Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain."

Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

Kata seorang sahabat: "Kita bermula sebagai seorang yang baru."

Sunday, September 9, 2007

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari pada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.